Rabu, 19 Oktober 2011

Jejak Ulama' Terengganu

15 Oktober 2011


Makam Abd. Rahman Limbong di Masjid Kuala Telemong

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Abd Rahman Limbong telah di makamkan di sini bersama dengan pejuang-pejuang yang mati ketika himpunan menentang dasar-dasar British.




Makam Syarif Muhamad Al Baghdadi

Seorang ulama' yang berasal dari Baghdad. Beliau dikatakan Ulama' yang terawal datang berdakwah dan menetap di Terengganu sekitar tahun 1600m. Beliau menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan pada zaman pemerintahan Islam di Kuala Berang Hulu Terengganu.

Selepas kematian beliau, tugas-tugas dakwah diteruskan pula oleh anak, cucu dan cicitnya seperti Syeikh Abd Qahhar, Syeikh Abdullah dan Syeikh Abd Malik ( Tok Pulau Manis )

Jenazah beliau dimakamkan di Kg Pantai syeikh Batu Belah Jenagor Hulu Terengganu. Beliau
juga dikatakan penulis pada batu bersurat Terengganu





Makam Syeikh Abdullah Bin Abd Qahhar ( Tok Pauh )

Beliau adalah ayah kepada Syeikh Abd Malik ( Tok Pulau Manis ) yang terletak di Kg. Pauh Kuala Berang






Makam Syiekh Abdul Malik bin Syeikh Abdullah ( Tok Pulau Manis )

Beliau merupakan salah seorang ulama' terkenal Terengganu dan juga tokoh penting yang memainkan peranan sebagai penasihatkepada sultan Terengganu yang pertama Sultan zainal Abidin 1 ( 1708 - 1733 ). semasa hayatnya beliau banyak menghabiskan masa dengan mengabdikan diri mempelajari dan menyebarkan ilmu agama.

Rehlah Pulau Perhentian

19-20 Mei 2011


Kembara dakwah Pulau Perhentian.